Soalan sebelum set temujanji.
1. Siapa yang boleh bertanya tentang pakej ini?
Ibu yang sudah disahkan hamil dan mahu memulakan rekod ibu mengandung
2. UPT dah positif, tetapi kandungan belum 7 minggu. Perlu tunggu dahulu?
Ibu boleh hubungi klinik sekarang untuk merancang pemeriksaan awal. Tidak perlu menunggu sehingga cukup 7 minggu untuk mendapatkan panduan.
3. Kalau kandungan sudah lebih 12 minggu, bagaimana?
Tetap hubungi klinik untuk mengatur pemeriksaan secepat mungkin. Teruskan langkah mendapatkan penjagaan kehamilan walaupun belum sempat mendaftar lebih awal.
4. Apa yang termasuk dalam RM195?
Pemeriksaan asas, ultrasound, ujian darah antenatal dan konsultasi doktor.
5. Adakah semua caj termasuk?
Ubat, ujian dan prosedur tambahan boleh dikenakan caj berasingan jika diperlukan.
6. Adakah RM195 merangkumi semua rawatan sepanjang kehamilan?
Harga tersebut ialah untuk pakej pembukaan mengikut skop yang dinyatakan. Lawatan susulan dan keperluan tambahan mempunyai caj berasingan.
7. Berapakah caj lawatan susulan?
Pakej susulan bermula RM115 sahaja. Tambahan sekiranya terdapat ubat-ubatan, vaksin dan yang berkaintan ketika mendapatkan pemeriksaan doktor.