Kenali Jenis Perkhidmatan Ultrasound di Klinik Kami
Ultrasound Sepanjang Kehamilan






Scan kehamilan, atau dikenali sebagai ultrasound kehamilan adalah prosedur perubatan yang menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej janin dalam Rahim.
Imbasan biasanya dilakukan oleh pakar obstetik atau juruteknik ultrasound yang terlatih. Ia memberikan maklumat penting tentang perkembangan janin, kedudukan plasenta, bilangan janin dan kemungkinan keabnormalan kongenital.
Terdapat empat (4) jenis imbasan kehamilan yang biasa dilakukan, iaitu:
a) Ultrasound Awal Kehamilan
Teknik : Ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilalukan ke atas bahagian kulit abdomen untuk mengukur kantung atau saiz janin.
Jenis ultrasound : 2D hitam putih
Usia kandungan : 6-12minggu
Tujuan pemeriksaan :
- Mengesahkan kehamilan.
- Memastikan kandungan di dalam rahim.
- Memastikan janin dan jantung kelihatan.
- Mengesan bilangan janin.
- Mengenal pasti ketepatan usia kandungan dan tarikh jangka bersalin (EDD).
Persediaan :
- Pastikan pundi kencing penuh sebelum pemeriksaan.
- Sekiranya kandungan tidak dapat dikesan melalui prosedur ini, ultrasound transvaginal akan dilakukan.
b) Ultrasound NT (Nuchal Translucency)
Teknik : Ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilalukan ke atas bahagian kulit abdomen bagi mengukur saiz janin dan mengukur ketebalan bahagian belakang leher janin.
Jenis ultrasound : 2D hitam putih
Usia kandungan : 11-13minggu
Tujuan pemeriksaan : Untuk mengesan awal risiko Sindrom Down pada janin.
c) Ultrasound Tumbesaran Bayi (Growth Scan)
Teknik : Ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilalukan ke atas bahagian kulit abdomen untuk mengetahui perkembangan dan mengukur parameter tumbesaran bayi dalam kandungan.
Jenis ultrasound : 2D hitam putih
Usia kandungan : 12 minggu ke atas
Tujuan pemeriksaan :
- Mengenal pasti posisi bayi.
- Mengenal pasti kedudukan uri.
- Mendengar denyutan jantung bayi.
- Mengukur saiz kepala, abdomen dan tulang peha bagi memastikan pertumbuhan bayi pada kadar normal.
- Memastikan air ketuban mencukupi.
- Mengenal pasti jantina bayi.
d) Ultrasound 5D [PROMOSI HARI RAYA RM149]
Teknik : Ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe khas yang dilalukan ke atas bahagian kulit abdomen untuk melihat bayi secara ‘live’.
Jenis ultrasound :
1. 4D : Gambar dan video berwarna kuning keemasan.
2. 5D : Gambar dan video berwarna yang lebih realistic dan hampir menyerupai warna kulit.
Usia kandungan : 24-32 minggu
Tujuan pemeriksaan :
- Melihat bentuk wajah bayi
- Melihat pergerakan bayi secara ‘live’
- Mengenalpasti kecacatan luaran seperti sumbing atau kecacatan anggota (dalam limitasi tertentu).
Ultrasound Transvaginal (TVS)




Teknik : Merupakan prosedur ultrasound di mana ia dilakukan dengan cara memasukkan probe sepanjang 5cm ke dalam vagina.
Jenis ultrasound : 2D hitam putih
Tujuan pemeriksaan :
- Memeriksa rahim dan kilang telur (ovari) dengan gambaran yang jelas.
- Mengesan cyst.
- Mengesan ketumbuhan di rahim seperti fibroid, endometrioma atau polyp.
- Mengesan awal kehamilan.
- Mengesan kandungan luar rahim (ectopic pregnancy).
Persediaan : Pastikan pundi kencing kosong sebelum pemeriksaan.
Ultrasound Detail Scan
Teknik : Ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilalukan ke atas bahagian kulit abdomen untuk mengesan kecacatan atau struktur tidak normal pada anggota fizikal dan organ bayi dalam kandungan
Jenis ultrasound : 2D hitam putih
Usia kandungan : 18-28minggu
Tujuan pemeriksaan :
- Melihat dengan lebih dekat dan terperinci setiap organ dalaman bayi seperti jantung,otak, pundi kencing dan abdomen.
- Melihat lebih dekat dan terperinci struktur luaran bayi seperti anggota kaki dan tangan, muka, hidung, bibir dan lain-lain.
- Mengenalpasti kecacatan fizikal seperti spina bifida, cleft lip/palate, clubfoot.
- Mengenalpasti kecacatan organ seperti hydrocephalus, diaphragmatic hernia, esophageal atresia dan lain-lain.
- Mengesan sindrom tertentu yang disebabkan keabnormalan genetik seperti Down Syndrom, Edward Syndrome,Patau Syndrome dan sebagainya.
Persediaan :
- Detail scan dilakukan oleh sonographer bertauliah.
- Pesakit perlu membuat temujanji lebih awal.
Ultrasound Lain-lain
a) Ultrasound Abdomen
Teknik : ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilakukan ke atas bahagian kulit abdomen untuk mengimbas organ seperti hati, buah pinggang dan pundi kencing.
Jenis ultrasound : 2D hitam putih
Tujuan pemeriksaan :
- Mengesan batu hempedu.
- Mengesan batu karang pada buah pinggang.
- Mengesan bengkak prostat.
- Mengesan ketumbuhan tidak normal pada hati, buah pinggang atau pundi kencing.
- Mengesan pendarahan di dalam abdomen.
Persediaan :
Sebaiknya hadir dalam keadaan berpuasa 6 jam.
b) Ultrasound Gynae/Pelvis
Teknik : ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilakukan ke atas bahagian kulit abdomen untuk mengimbas rahim dan kilang telur.
Jenis ultrasound : 2D hitam putih
Tujuan pemeriksaan :
- Memeriksa rahim dan kilang telur (ovari).
- Mengesan cyst.
- Mengesan ketumbuhan di rahim. seperti fibroid, endometrioma atau polyp.
- Mengesan awal kehamilan.
- Mengesan kandungan luar rahim (ectopic pregnancy).
Persediaan : Pastikan pundi kencing penuh sebelum pemeriksaan.
Soalan Lazim Yang Ditanya
Adakah ultrasound memberi kesan kepada saya atau bayi dalam kandungan?
Bolehkah laporan keputusan digunakan untuk contoh tujuan kehamilan pelan kehamilan?
Adakah saya perlu memenuhkan pundi kencing?
Bolehkah saya menjemput keluarga & rakan saya untuk temujanji saya?
Adakah saya perlu membuat temujanji (appointment)?
Untuk scan tumbesaran 2D, tidak perlu temujanji. Hanya perlu datang terus (walk-in).
Untuk scan 3D4D, scan 5D dan juga scan detailed anomaly perlukan temujanji dahulu. Kami ada slot hampir setiap hari. Terus hubungi kami untuk membuat temujanji.