Skip to main content

UsrahMedic

Electrocardiogram (ECG)

Apakah itu Elektrokardiogram (ECG) ?

Elektrokardiogram adalah prosedur pemeriksaan yang pantas, selamat dan tidak menyakitkan, yang digunakan untuk mengesan dan merakam aktiviti elektrik jantung. Ujian ini membantu menentukan simptom-simptom bagi penyakit jantung, dan risiko yang mungkin menyebabkan jantung membesar. Umumnya, ia membantu menilaikan rentak dan kadar jantung.
 
Bilakah anda perlukan Elektrokardiogram (ECG)?

Jika anda mempunyai symptom seperti berikut :

  1. Sakit dada di bahagian tengah, kiri atau atas perut
  2. Sakit leher, rahang kiri atau lengan kiri
  3. Rasa pening dan berpeluh sejuk
  4. Sesak nafas
  5. Perasaan berdebar-debar yang kerap dan tidak terkawal
  6. Kerap rasa pening, melayang atau kurang bermaya