fbpx

KENALI JENIS PERKHIDMATAN ULTRASOUND DI KLINIK KAMI

Ultrasound RM115

Ultrasound Sepanjang Kehamilan

PROMOSI ULTRASOUND 3D/5D 

 

Lebih lanjut >>

Ultrasound Transvaginal (TVS)

Merupakan prosedur ultrasound di mana ia dilakukan dengan cara memasukkan probe sepanjang 5cm ke dalam vagina.

Lebih lanjut >>

Ultrasound Detail Scan

ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilalukan ke atas bahagian kulit abdomen untuk mengesan kecacatan atau struktur..

Lebih lanjut >>

Ultrasound Lain-lain

ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilalukan ke atas bahagian kulit..

Lebih lanjut >>

1. Ultrasound Sepanjang Kehamilan

6 week
6 Minggu
7 week
7 Minggu
8 weeks
8 Minggu
9 week
9 Minggu
10 week
10 Minggu
12 week
12 Minggu

Scan kehamilan, atau dikenali sebagai ultrasound kehamilan adalah prosedur perubatan yang menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej janin dalam Rahim.

Imbasan biasanya dilakukan oleh pakar obstetik atau juruteknik ultrasound yang terlatih. Ia memberikan maklumat penting tentang perkembangan janin, kedudukan plasenta, bilangan janin dan kemungkinan keabnormalan kongenital.

Terdapat empat (4) jenis imbasan kehamilan yang biasa dilakukan, iaitu:

a) Ultrasound Awal Kehamilan

Teknik : ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilalukan ke atas bahagian kulit abdomen untuk mengukur kantung atau saiz janin.

Jenis ultrasound : 2D hitam putih

Usia kandungan : 6-12minggu

Tujuan pemeriksaan :

  • Mengesahkan kehamilan.
  • Memastikan kandungan di dalam rahim.
  • Memastikan janin dan jantung kelihatan.
  • Mengesan bilangan janin.
  • Mengenal pasti ketepatan usia kandungan dan tarikh jangka bersalin (EDD).

Persediaan :

  • Pastikan pundi kencing penuh sebelum pemeriksaan.
  • Sekiranya kandungan tidak dapat dikesan melalui prosedur ini, ultrasound transvaginal akan dilakukan.

b) Ultrasound NT (Nuchal Translucency)

Teknik : Ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilalukan ke atas bahagian kulit abdomen bagi mengukur saiz janin dan mengukur ketebalan bahagian belakang leher janin.

Jenis ultrasound : 2D hitam putih

Usia kandungan : 11-13minggu

Tujuan pemeriksaan : Untuk mengesan awal risiko Sindrom Down pada janin.

c) Ultrasound Tumbesaran Bayi (Growth Scan)

Teknik : ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilalukan ke atas bahagian kulit abdomen untuk mengetahui perkembangan dan mengukur parameter tumbesaran bayi dalam kandungan.

Jenis ultrasound : 2D hitam putih

Usia kandungan : 12 minggu ke atas

Tujuan pemeriksaan :

  • Mengenal pasti posisi bayi.
  • Mengenal pasti kedudukan uri.
  • Mendengar denyutan jantung bayi.
  • Mengukur saiz kepala, abdomen dan tulang peha bagi memastikan pertumbuhan bayi pada kadar normal.
  • Memastikan air ketuban mencukupi.
  • Mengenal pasti jantina bayi.

d) Ultrasound 4D/5D [PROMOSI RM115]

Teknik : ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe khas yang dilalukan ke atas bahagian kulit abdomen untuk melihat bayi secara ‘live’

Jenis ultrasound :

1. 4D : gambar dan video berwarna kuning keemasan.

2. 5D : gambar dan video berwarna yang lebih realistic dan hamper menyerupai warna kulit

Usia kandungan : 24-32 minggu

Tujuan pemeriksaan :

  • Melihat bentuk wajah bayi
  • Melihat pergerakan bayi secara ‘live’
  • Mengenalpasti kecacatan luaran seperti sumbing atau kecacatan aggota (dalam limitasi tertentu)
Ultrasound RM115

3. Ultrasound Transvaginal (TVS)

tvs c
tvs d
tvs a
tvs b

Ultrasound Transvaginal (TVS)

Teknik : merupakan prosedur ultrasound di mana ia dilakukan dengan cara memasukkan probe sepanjang 5cm ke dalam vagina.

Jenis ultrasound : 2D hitam putih

Tujuan pemeriksaan :

  • Memeriksa rahim dan kilang telur (ovari) dengan gambaran yang jelas.
  • Mengesan cyst.
  • Mengesan ketumbuhan di rahim seperti fibroid, endometrioma atau polyp.
  • Mengesan awal kehamilan.
  • Mengesan kandungan luar rahim (ectopic pregnancy).

Persediaan : Pastikan pundi kencing kosong sebelum pemeriksaan.

    3. Ultrasound Detail Scan

    Ultrasound Detail Scan

    Teknik : ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilalukan ke atas bahagian kulit abdomen untuk mengesan kecacatan atau struktur tidak normal pada anggota fizikal dan organ bayi dalam kandungan

    Jenis ultrasound : 2D hitam putih

    Usia kandungan : 18-28minggu

    Tujuan pemeriksaan :

    • Melihat dengan lebih dekat dan terperinci setiap organ dalaman bayi seperti jantung,otak, pundi kencing dan abdomen.
    • Melihat lebih dekat dan terperinci struktur luaran bayi seperti anggota kaki dan tangan, muka, hidung, bibir dan lain-lain.
    • Mengenalpasti kecacatan fizikal seperti spina bifida, cleft lip/palate, clubfoot.
    • Mengenalpasti kecacatan organ seperti hydrocephalus, diaphragmatic hernia, esophageal atresia dan lain-lain.
    • Mengesan sindrom tertentu yang disebabkan kebanormalan genetik seperti Down Syndrom, Edward Syndrome,Patau Syndroome dan sebagainya

    Persediaan :

    • Detail scan dikalukan oleh sonographer bertauliah
    • Pesakit perlu membua temujanji lebih awal

    4. Ultrasound Lain-lain

     

    Terdapat dua (2) jenis imbasan lain ultrasound iaitu:

    a) Ultrasound Abdomen

    b) Ultrasound Gynae / Pelvis

    a) Ultrasound Abdomen

    Teknik : ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilalukan ke atas bahagian kulit abdomen untuk mengimbas organ seperti hati, buah pinggang dan pundi kencing.

    Jenis ultrasound : 2D hitam putih

    Tujuan pemeriksaan :

    • Mengesan batu hempedu.
    • Mengesan batu karang pada buah pinggang.
    • Mengesan bengkak prostat.
    • Mengesan ketumbuhan tidak normal pada hati, buah pinggang atau pundi kencing.
    • Mengesan pendarahan di dalam abdomen.

    Persediaan :

    Sebaiknya hadir dalam keadaan berpuasa 6 jam.

    b) Ultrasound Gynae/Pelvis

    Teknik : ultrasound dilakukan dengan menggunakan probe biasa yang dilalukan ke atas bahagian kulit abdomen untuk mengimbas rahim dan kilang telur.

    Jenis ultrasound : 2D hitam putih

    Tujuan pemeriksaan :

    • Memeriksa rahim dan kilang telur (ovari).
    • Mengesan cyst.
    • Mengesan ketumbuhan di rahim. seperti fibroid, endometrioma atau polyp.
    • Mengesan awal kehamilan.
    • Mengesan kandungan luar rahim (ectopic pregnancy).

    Persediaan : Pastikan pundi kecing penuh sebelum pemeriksaan.

      SOALAN LAZIM

      Berikut antara soalan yang sering ditanya oleh pelanggan mengenai ultrasound.

      Adakah ultrasound memberi kesan kepada saya atau bayi dalam kandungan?

      Untuk ultrasound diagnostik standard, tiada kesan berbahaya yang diketahui pada ibu dan bayi. Imbasan 2D konvensional digunakan secara meluas di seluruh dunia. Imbasan 3D/4D/5D ultrasound menggunakan teknologi yang sama dan intensiti ultrasound. Oleh itu ia selamat sepenuhnya untuk bayi jika mengendalikan dengan berhati-hati oleh sonographer kami.

      Bolehkah laporan keputusan digunakan untuk contoh tujuan kehamilan pelan kehamilan?

      Ya. Kami boleh menguruskan pakar O & G kami untuk melengkapkan borang untuk anda., Sila bawa borang insurans, buku merah jambu dan hasil imbasan lain.

      Adakah saya perlu memenuhkan pundi kencing?

      Untuk trimester pertama kami memerlukan anda untuk penuhkan pundi kencing anda untuk melihat lebih baik dalam ultrasound yang sekitar <13 minggu. Walau bagaimanapun, kami memerlukan anda mengosongkan pundi kencing anda sebaik sahaja janin anda bertukar menjadi 14 minggu di atas.

      Bolehkah saya menjemput keluarga & rakan saya untuk temujanji saya?

      Ya. Kami mengalu-alukan dan menggalakkan pelanggan kami untuk membawa ahli keluarga mereka dan menikmati sesi ultrasound yang diingati bersama-sama. 

      Adakah saya perlu membuat temujanji (appointment)?

      Untuk scan tumbesaran 2D, tidak perlu temujanji. Hanya perlu datang terus (walk-in).

      Untuk scan 3D4D, scan 5D dan juga scan detailed anomaly perlukan temujanji dahulu. Kami ada slot hampir setiap hari. Terus hubungi kami untuk membuat temujanji.

      Adakah saya perlu berpuasa?

      Sekiranya anda memilih abdomen bahagian atas, puasa memerlukan sekurang-kurangnya 6-8 jam sebelum imbasan.

      SEGERA DAPATKAN RAWATAN DI KLINIK USRAH MEDIC 24 JAM BERHAMPIRAN ANDA

      ANDA BOLEH TERUS WHATSAPP DENGAN KLIK BUTANG MENGIKUT LOKASI PILHAN ANDA

       

       

      Waktu Operasi

      Setiap Hari 24 Jam

       

      Lokasi

      Menu Utama

      Kenali Kami

      Panel

      Perkhidmatan

      Rangkaian Kami

      Profil Doktor

      Sertai Kami

      Kerjaya

      Media Sosial

      Perkhidmatan

      Ultrasound scan 2D/3D/4D/5D

      Sedut Kahak (Suction)

      Pakej Saringan Kesihatan

      Paediatric Follow Up

      Semua Perkhidmatan

      Promosi Terkini

      Saringan Kanser Payudara

      Klinik Usrah Medic 24 Jam (HQ)

      No.28 & 28A, Jalan Niaga Bestari 8, Persiaran Puncak Bestari 2, Bandar Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor.

      011-3566 4998

      admin@usrahmedic.com

      Media Sosial

      Facebook

      Instagram

      Tiktok

      Dasar Privasi