Langkau ke kandungan utama

UsrahMedic

Vaksinasi Haji dan Umrah

Keperluan Sebelum Haji & Umrah

Bakal jemaah haji dan umrah diwajibkan mengambil suntikan vaksin Meningococcal, dan digalakkan mengambil suntikan vaksin pilihan iaitu vaksin Influenza dan vaksin Pneumococcal.

Vaksinasi Wajib

Suntikan Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) ialah suntikan wajib untuk semua jemaah haji dan umrah, seperti yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
  • Perlu diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah
  • Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama dua (2) hingga lima (5) tahun

Vaksinasi Pilihan

1. Influenza Vaccine
  • Paling baik diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah
  • Digalakkan bagi individu yang berumur 50 tahun ke atas atau individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, penyakit paru-paru, penyakit ginjal, dan penyakit endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini.
  • Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama satu (1) tahun.
  • Disyorkan mengambil dos penggalak setahun sekali untuk mengekalkan daya imuniti.
2. Pneumokokus Vaccine
  • Paling baik diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah.
  • Individu yang berumur 50 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, penyakit paru-paru, penyakit ginjal, dan penyakit endokrin disarankan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang paru-paru yang serius disebabkan oleh bakteria.
  • Radang paru-paru merupakan penyakit utama dalam kalangan kanak-kanak dan warga tua di Tanah Suci Mekah.
  • Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama lima (5) tahun.