Klinik Usrah Medic 24 Jam di seluruh cawangan menyediakan perkhidmatan rawatan bukan kecemasan dan separa kecemasan seperti berikut:
- Pemeriksaan dan rawatan sakit biasa seperti demam, batuk, selsema, luka, sakit otot, migrain, gastrik dan penyakit-penyakit ringan yang lain.
- Pengesanan dan rawatan awal penyakit- penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol, asthma, gout dan lain-lain.
- Diagnosis dan rawatan penyakit kulit seperti eczema, allergik, jerawat, kutu babi, kudis buta, jangkitan fungal atau bakteria.
- Rawatan yang melibatkan prosedur ringan seperti eye syringing, ear syringing, nasal syringing, sedut kahak.
- Rawatan pembedahan untuk kes luka kecil untuk kes luka kecil, kuku cengkam, buang nanah, bisul, sebaceous cyst dan lain-lain
- Perkhidmatan khatan bayi perempuan. Prosedur khatan bayi perempuan sangat cepat,biasanya mengambil masa kurang dari 5 minit. Doktor atau pegawai perawatan akan melukakan sebahagian kecil kulit pada bahagian atas salur kencing. Luka yang dihasilkan biasanya amat kecil dan akan sembuh dengan sendirinya dalam masa 1-2 hari.
- Mengenal pasti dan merawat penyakit-penyakit separa akut seperti batu karang, batu hempedu, radang appendiks.
- Menyediakan beberapa jenis ujian kesihatan seperti full blood count, ujian air kencing, ujian dadah, ujian kehamilan, urea breath test, sarinagn tiroid dan ujian-ujian darah lain.
- Medical check-up. Dilakukan untuk tujuan urusan pekerjaan, pendaftaran sekolah atau universiti dan permohonan lesen memandu GDL.
- Membuat rujukan ke klinik pakar atau hospital jika diperlukan. Memudahkan urusan pesakit untuk rujukan mendapatkan rawatan susulan ke klinik pakar atau hospital berkenaan kes-kes yang memerlukan perhatian dan pemeriksaan lanjut dari hospital atau pakar.