Skip to main content

UsrahMedic

Rawatan Nebuliser

Siapa patut menggunakan nebulizer?

 

Penggunaannya disyorkan di dalam beberapa  situasi  berikut:

  • apabila kanak- kanak/orang muda mendapat serangan asma akut
  • apabila kanak- kanak/orang muda susah bernafas   
  • apabila kanak- kanak /orang muda mendapat stridor
  • sebelum fisoterapi untuk mencairkan kahak
  • apabila ubat yang digunakan tiada di dalam bentuk sedutan
  • apabila perlu menggunkan antibiotic dalam dos yang tinggi untuk mengawal jangkitan

Kami di Klinik Usrah Medic 24 Jam menyediakan perkhidmatan nebulizer kepada pesakit yang memerlukan. Dengan adanya kemudahan mesin yang canggih serta doktor berpengalaman, anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera dan terperinci. 

Penggunaan Nebulizer

Nebulizer ialah mesin yang dapat menukarkan ubat dalam bentuk cecair kepada kabus halus yang di sedut masuk ke dalam saluran paru-paru.  Ia menolak udara yang padat melalui ubat cecair dan menukarnya kepada kabus. Ia kemudian di sedut mengunakan topeng muka khas atau melalui corong mulut.

Selalunya ia mengambil masa 5-10 minit untuk ubat di sedut melalui nebulizer. Ubat cairan mesti di dalam isipadu 4mls untuk di nebulized secara efektif. Jika isipadu ubat berkurangan ia akan di campurkan dengan air garam konsentrasi 0.9% (normal saline)

 

Nebulizer ada tiga bahagian iaitu:

  • Bekas mengisi cecair ubat
  • Topeng muka atau corong mulut
  • Tubing

Jenis ubat dan cairan yang boleh diberi melalui nebulizer ialah:

 

  • Air garam konsentrasi normal atau hipertonik
  • Ubat pelega
  • Steroids
  • Antibiotiks
  • Adrenalin