Skip to main content

UsrahMedic

Merdeka Kesihatan Anda, Ambil Langkah Awal

Lindungi diri anda dengan menjalani
saringan hari ini di Usrah Medic

Pemeriksaan awal membantu anda kenal pasti risiko kesihatan sebelum ia menjadi lebih serius.

Kesan Lebih Awal

Tidak semua penyakit datang dengan simptom yang jelas

Kurangkan Risiko Komplikasi

Lebih awal dikesan, lebih cepat tindakkan diambil

Lebih Tenang & Yakin

Anda tahu keadaan badan sendiri dengan lebih jelas

Apa itu Saringan Kesihatan?

Saringan kesihatan ialah pemeriksaan yang membantu anda mengetahui keadaan badan, walaupun anda masih rasa sihat.

Ramai orang sangka selagi badan masih kuat, semuanya okay. Hakikatnya, penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, serta masalah buah pinggang dan hati boleh berlaku secara senyap tanpa tanda yang jelas.

Sebab itu saringan awal sangat penting. Lebih awal sesuatu masalah dikesan, lebih tinggi peluang untuk mengawalnya dengan lebih baik dan mengurangkan risiko komplikasi.

Kenapa Perlu
Buat Saringan Kesihatan?

1. Mengesan penyakit sebelum muncul simptom

Banyak penyakit kronik tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal. Apabila simptom mula muncul, ada kemungkinan penyakit tersebut telah berada pada tahap yang lebih serius.

2. Mengenal pasti faktor risiko kesihatan

Saringan kesihatan membantu anda mengetahui sama ada anda mempunyai risiko seperti diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi atau gangguan fungsi hati dan buah pinggang.

3. Rawatan boleh dimulakan lebih awal 

Pengesanan awal membolehkan doktor memberikan nasihat, rawatan atau perubahan gaya hidup sebelum keadaan menjadi semakin teruk.

4. Mengelakkan komplikasi pada masa hadapan

Dengan mengetahui status kesihatan lebih awal, anda boleh mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan pelbagai komplikasi lain.

5. Menjimatkan kos rawatan 

Mencegah sentiasa lebih baik daripada merawat. Kos saringan kesihatan jauh lebih rendah berbanding kos rawatan apabila penyakit sudah berada pada tahap yang serius.

Siapa yang
WAJIB buat Saringan Kesihatan?

Belum pernah membuat saringan kesihatan.

Berumur 30 tahun ke atas.

Perokok atau bekas perokok.

Kurang bersenam & makan kurang kawalan.

Mempunyai sejarah keluarga menghidap diabetes, darah tinggi atau penyakit jantung.

Selalu cepat penat dan lesu.

Ingin tahu tahap kesihatan semasa walaupun masih berasa sihat.

Saringan kesihatan bukanlah jaminan untuk elak semua penyakit.


Tetapi melalui saringan, anda boleh tahu gambaran awal kesihatan badan dan berbincang dengan doktor tentang bacaan yang perlu
diberi perhatian.


Apa Pakej
Health Screening yang ada?

Pemeriksaan termasuk:

PERCUMA

HADIAH ISTIMEWA

LELAKI:

BASIC WELLNESS + TUMOR MAKER

PEREMPUAN:

BASIC WELLNESS + TUMOR MAKER

POTONGAN
HARGA
ISTIMEWA

1. HPV DNA + LBV Bernilai -> RM270 RM225

2. Ultrasound Gynae & Pelvis Bernilai -> RM50 RM45

3. Blood Group Bernilai -> RM40 RM35

Bagaimana
Proses Saringan Kesihatan?

Tempah Slot Melalui Whatsapp

Daftar semasa tiba di Klinik

Team kami bantu semak maklumat anda

Pemeriksaan dan ujian dilakukan

Makmal proses keputusan saringan

Review result bersama doktor


Apa kata Mereka?

Hadir untuk program saringan kesihatan merdeka. Friendly staff & doctor. Very good hospitality.. keep it up – Izwan C.A.

Come for promo medical checkup. Doctor and nurses are friendly, toilet clean and smell good.  Good clinic.
Aifarina Azaman

buat saringan kesihatan promo merdeka. environment klinik cantik, selesa, bersih. staff & doctor pun sgt friendly dan handle gently with care
Nur Syafiqah

. Hari ni kali kedua datang untuk saringan kesihatan. Fasiliti,layanan dan perkhidmatan yang sangat baik dan memuaskan. – Sumaiyah Amiruddin

Alhamdulilah.  Repeat  health check up di sini lagi. Service bagus sgt. Doktor Dan nurse membantu.
– Hanum Hassim

Berapa Lama
Masa Yang Diambil
Untuk Menjalani Saringan Kesihatan?

Pakej PROMO MERDEKA melibatkan pelbagai ujian seperti mengambil sampel darah, pemeriksaan jantug, mengambil sampel urin dan sebagainya

Sampel Darah

Pemeriksaan Jantung

Sampel Urin

Proses saringan
bergantung pada
pakej yang dipilih

Merujuk pada pakej saringan PROMO MERDEKA, individu saringan boleh mengambil masa daripada:

Bukan sekadar
ambil darah...

Di Usrah Medic, kami memberikan sesi kedua di mana, keputusan saringan anda akan disemak bersama doktor.

Anda boleh tanya tentang:

1. bacaan kesihatan

2. risiko yang perlu diberi perhatian

3. langkah untuk perbaiki kesihatan anda

Soalan Lazim

Ya, boleh. Saringan kesihatan bukan hanya untuk orang yang sudah sakit. Ia sesuai untuk anda yang mahu tahu keadaan badan lebih awal, terutama jika sudah lama tidak buat pemeriksaan.

Saringan membantu memberi gambaran awal tentang keadaan kesihatan. Jika ada bacaan yang tidak normal, doktor akan terangkan dan cadangkan langkah seterusnya jika perlu.

Tidak semestinya. Tumor marker bukan diagnosis kanser secara muktamad. Bacaan perlu dinilai bersama doktor berdasarkan simptom, sejarah kesihatan dan pemeriksaan lanjut jika diperlukan.

Lagi bagus tahu awal daripada terus berteka-teki. Kalau ada bacaan yang perlu diberi perhatian, doktor boleh bantu nasihatkan langkah yang sesuai sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Boleh. Pakej ini sesuai dijadikan hadiah kesihatan untuk ibu, ayah, pasangan atau ahli keluarga yang sudah lama tidak buat pemeriksaan.

Bawa kad pengenalan dan maklumkan kepada team klinik jika anda ada penyakit sedia ada, sedang ambil ubat rutin atau pernah ada keputusan darah sebelum ini.

Boleh, tetapi maklumkan kepada doktor atau team klinik semasa temujanji supaya pemeriksaan dan nasihat yang diberikan lebih sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

Digalakkan buat temujanji dahulu supaya slot lebih teratur dan team klinik boleh beri arahan persediaan sebelum anda datang.

Promosi Merdeka ini sah sepanjang tempoh kempen (1 Ogos – 30 Sept) yang ditetapkan dan tertakluk kepada kekosongan slot harian.

Klik butang WhatsApp di bawah dan maklumkan anda berminat dengan Pakej Saringan Kesihatan Merdeka RM169. Team kami akan bantu semak slot yang tersedia.