”PANEL”
”KLINIK”
”PANEL”
”KLINIK”
”PANEL”
”KLINIK”
Siapa Lebih Tinggi Risiko Mendapat Kanser Payudara?
1. Semakin berumur
Risiko bertambah apabila umur bertambah. Kebanyakan kes ditemui pada umur di atas 50 tahun.
2. Wanita
Sebenarnya, lelaki juga tidak terlepas kerana mereka juga mempunyai payudara. Namun, wanita adalah 100 kali lebih berisiko. Kes dalam kalangan lelaki hanya merangkumi 1 peratus daripada keseluruhan kes.
3. Masalah Genetik
Sesetengah mutasi genetik yang diwarisi boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Mutasi yang paling kerap berlaku adalah pada BRCA1 dan BRCA2.
4. Tidak hamil atau hamil lewat
Wanita yang hamil buat pertama kali selepas umur 30 tahun atau langsung tidak hamil adalah lebih berisiko.
5. Terapi hormon gabungan
Pengambilan hormon untuk menggantikan estrogen dan progesteron selepas menopaus selama lebih daripada 5 tahun meningkatkan risiko kanser. Hormon yang telah ditemui bertanggungjawab adalah estrogen dan progestin jika diambil bersama.
6. Pil perancang
Sesetengah jenis pil perancang didapati boleh menambah kecenderungan mendapat kanser. Sila berbincang dengan doktor sebelum mengambil sebarang kaedah perancang keluarga.
7. Sejarah kanser payudara
Wanita yang pernah mengalami kanser payudara lebih berisiko untuk mendapatnya semula.
8. Kanser payudara dalam kalangan ahli keluarga
Mana-mana ahli keluarga, terutamanya ibu dan ayah serta adik beradik, yang pernah mengalami kanser payudara akan meningkatkan risiko. Meskipun ahli keluarga lelaki yang mengalami kanser tersebut, adik beradik wanita masih berisiko.