Rawatan Susulan Kanak-Kanak (Paediatric Follow Up)
Apakah itu rawatan susulan kanak-kanak ?
Rawatan susulan kanak-kanak adalah pemeriksaan rutin bulanan kanak-kanak bermula dari usia 1 bulan sehingga 6 tahun.
Ianya merangkumi pemeriksaan fizikal seperti ukuran berat, tinggi, lilit an kepala, BMI dan juga pemeriksaan perkembangan bayi dan kanak-kanak mengikut umur mereka.
Selain daripada itu, vaksinasi juga akan diberikan pada usia tertentu bermula dari 2 bulan sehinggan 18 bulan. Vaksin in merangkumi vaksin wajib dan vaksin pilihan menurut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Vaksinasi wajib dan pilihan adalah bertujuan untuk melindungi kesihatan awam dengan memastikan kadar vaksinasi yang tinggi dalam masyarakat untuk mencegah penularan penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksinasi.
Idea vaksinasi wajib adalah untuk mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit yang berpotensi membahayakan masyarakat secara keseluruhan.
Kami menyediakan vaksin wajib dan pilihan seperti berikut :
1. DTPa- HepB-IPV-Hib
- Vaksin 6 serangkai merangkumi vaksin Diphteria, Tetatus, Pertussis, Hepatitis B , Polio dan Hemophilus Influenza B.
- Ianya diberikan ketika bayi berumur 2, 3, 5 dan 18 bulan.
2. Pneumococcal
- Vaksin pneumococcal dari jenis Prevenar 13 atau Synflorix bagi melindungi dari jangkitan dan radang paru-paru.
- Ianya diberikan ketika bayi berumur 4.6 dan 15 bulan.
3. MMR
- Vaksin yang melindungi dari penyakit Measles , Mumps dan Rubella.
- Ianya diberikan ketika bayi berumur 9 dan 12 bulan.
4. Infleunza
- Vaksin ini adalah vaksin pilihan bagi melindungi dari jangkitan influenza bermusim
- Bagi kanak-kanak berumur kurang dari 9 tahun, suntikan kami pertama adalah sebanyak 2 dos dengan jarak 4 minggu di antara setiap dos, kemudian suntikan penggalak perlu di ambil pada setiap tahun.
- Bagi kanak-kanak dan dewasa berumur lebih dari 9 tahun, suntikan pertama hanyalah sebanyak 1 dos dan dos ulangan atau dos penggalak perlu diambil pada setiap tahun.
5. Rotavirus
- Vaksin ini bagi melindungi dari jangkitan Rotavirus yang menyebabkan simptom muntah dan cirit yang teruk.
- Ianya perlu di ambil sebelum bayi berumur 6 bulan sebanyak 2 dos.
- Vaksin jenis ini bukanlah jenis suntikan tetapi cecair vaksin berwarna jernih yang dititiskan ke dalam mulut bayi.
Menu Utama
Kenali Kami
Panel
Perkhidmatan
Rangkaian Kami
Profil Doktor
Sertai Kami
Kerjaya
Media Sosial
Perkhidmatan
Ultrasound scan 2D/3D/4D/5D
Sedut Kahak (Suction)
Pakej Saringan Kesihatan
Paediatric Follow Up
Semua Perkhidmatan
Klinik Usrah Medic 24 Jam (HQ)