fbpx

VAKSINASI HAJI DAN UMRAH

image placeholder

Keperluan Sebelum Haji & Umrah

Bakal jemaah haji dan umrah diwajibkan mengambil suntikan vaksin Meningococcal, dan digalakkan mengambil suntikan vaksin pilihan iaitu vaksin Influenza dan vaksin Pneumococcal.

Vaksinasi Wajib

Suntikan Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) ialah suntikan wajib untuk semua jemaah haji dan umrah, seperti yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

    • Perlu diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah
    • Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama dua (2) hingga lima (5) tahun

Vaksinasi Pilihan

1. Influenza Vaccine

    • Paling baik diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah
    • Digalakkan bagi individu yang berumur 50 tahun ke atas atau individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, penyakit paru-paru, penyakit ginjal, dan penyakit endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini.
    • Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama satu (1) tahun.
    • Disyorkan mengambil dos penggalak setahun sekali untuk mengekalkan daya imuniti.

2. Pneumokokus Vaccine

    • Paling baik diambil sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah.
    • Individu yang berumur 50 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, penyakit paru-paru, penyakit ginjal, dan penyakit endokrin disarankan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang paru-paru yang serius disebabkan oleh bakteria.
    • Radang paru-paru merupakan penyakit utama dalam kalangan kanak-kanak dan warga tua di Tanah Suci Mekah.
    • Vaksin ini dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama lima (5) tahun.

Menu Utama

Kenali Kami

Panel

Perkhidmatan

Rangkaian Kami

Profil Doktor

Sertai Kami

Kerjaya

Media Sosial

Perkhidmatan

Ultrasound scan 2D/3D/4D/5D

Sedut Kahak (Suction)

Pakej Saringan Kesihatan

Paediatric Follow Up

Semua Perkhidmatan

Promosi Terkini

Saringan Kanser Payudara

Klinik Usrah Medic 24 Jam (HQ)

No.28 & 28A, Jalan Niaga Bestari 8, Persiaran Puncak Bestari 2, Bandar Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor.

011-3566 4998

admin@usrahmedic.com

Media Sosial

Facebook

Instagram

Tiktok

Dasar Privasi