KENALI KAMI
Klinik Usrah Medic 24 Jam merupakan rangkaian klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan kesihatan professional merangkumi semua aspek kesihatan keluarga bagi membantu masyarakat setempat beroleh tahap kesihatan yang optimum.
Kami juga menawarkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi segenap lapisan umur terutama permasalahan berkaitan dengan wanita dan kanak-kanak.
Para doktor kami terdiri daripada doktor wanita yang sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan yang selesa dan mesra dengan harga yang berpatutan.
Klinik Usrah Medic 24 Jam mempunyai peralatan perubatan yang serba lengkap dan moden mengikut perubatan terkini termasuk mesin ultrasound 4D & 5D, mesin ujian darah dan pelbagai ujian bagi penyakit seperti denggi, influenza, covid 19 dan sebagainya bagi memudahkan pesakit-pesakit kami.
VISI KAMI
Antara visi utama kami di Klinik usrah Medic.
Menjadi klinik keluarga yang berdedikasi dan menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat.
Menjadi sebuah klinik yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.
Sentiasa mempertingkatkan perkhidmatan klinik selari dengan kaedah rawatan & teknologi perubatan semasa.
Mencapai sasaran rangkaian klinik swasta terbesar di Malaysia.
MISI KAMI
Kami sentiasa komited dalam mencapai misi yang ditetapkan.
Memenuhi tuntutan fadhu kifayah dalam merawat pesakit tanpa mengira latar belakang.
Menyediakan dan mengutamakan doktor perempuan demi menjaga kehormatan dan keselesaan pesakit wanita.
Menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan pesakit yang holistik dengan menyediakan prasarana yang mesra dan selesa.
Memberi diagnosis yang tepat untuk rawatan yang berkesan.
Menggunakan pelbagai teknologi yang terkini bagi menyampaikan maklumat & kesedaran dengan penuh efisien serta mesra pelanggan.
GALERI FASILITI
Kami menyediakan fasiliti yang terbaik serta terkini untuk keselesaan pesakit.
GALERI AKTIVITI
Antara aktiviti dan program semasa yang kami jalankan.
Menu Utama
Kenali Kami
Panel
Perkhidmatan
Rangkaian Kami
Profil Doktor
Sertai Kami
Kerjaya
Media Sosial
Perkhidmatan
Ultrasound scan 2D/3D/4D/5D
Sedut Kahak (Suction)
Pakej Saringan Kesihatan
Paediatric Follow Up
Semua Perkhidmatan
Klinik Usrah Medic 24 Jam (HQ)