Klinik Usrah Medic di semua cawangan menawarkan perkhidmatan rawatan susulan dari awal kehamilan sehinggalah selepas bayi dilahirkan. Ia termasuklah penjagaan prenatal yang dilakukan secara rutin setiap bulan mengikut saranan kementerian kesihatan Malaysia.
Kami menawarkan pakej tempahan (booking) di awal kehamilan dengan harga yang berbaloi. Ianya dilakukan selepas ibu disahkan hamil. Seterusnya pantauan secara rutin akan dilakukan oleh doktor wanita pada setiap bulan.
Pantauan penjagaan pranatal bulanan termasuklah :
- Perkembangan ringkas dari lawatan akhir pranatal yang telah direkodkan.
- Pengambilan berat badan dan tekanan darah.
- Ujian air kencing untuk protein dan gula.
- Imunisasi antitetanus
- Ujian darah rutin Hemoglobin
- Ultrasound bagi menentukan
- Denyutan jantung janin
- Kedudukan janin
- Kedudukan uri
- Kadar tumbesaran bayi serta berat
- Air ketuban
- Sebelum 28 minggu – sebulan sekali
- 28 – 35 minggu – setiap 2 minggu sekali
- 36 minggu dan keatas – setiap minggu