kempen vaksinasi haji dan umrah

Tunaikan Ibadah Dengan Tenang
Setiap umat Islam mendambakan peluang untuk menunaikan haji yang secara amnya, hanya datang sekali seumur hidup. Oleh itu, apabila mendapat peluang untuk menunaikan rukun Islam yang terakhir ini, haruslah kita membuat persiapan yang terbaik supaya dapat beribadah dengan lebih mudah dan tenang di sana nanti.
Antara persiapan yang perlu dilakukan oleh para jemaah haji sebelum berangkat ke tanah suci Mekah ialah mengambil vaksin haji. Ada beberapa jenis vaksin yang disediakan untuk jemaah haji iaitu vaksin wajib Meningococcal dan vaksin-vaksin tambahan yang disarankan iaitu vaksin Pneumococcal dan Influenza.

VAKSINASI WAJIB & TAMBAHAN
BAKAL HAJI & UMRAH



Jangan ambil mudah!!!
Penyakit Meningococcal adalah jangkitan bakteria serius yang disebabkan oleh Neisseria Meningitidis serta beberapa jenis bakteria lain. Ia boleh menyebabkan keradangan membran pelindung yang meliputi otak dan saraf tunjang, serta septikemia, iaitu jangkitan darah.
Jangkitan ini boleh menyebabkan penyakit yang teruk, kecacatan dan kematian, terutamanya pada bayi, kanak-kanak dan warga emas hanya dalam beberapa jam sahaja.






Mengapa Anda Perlu Dapatkan Vaksin Ini di Klinik Usrah Medic?
Klinik Usrah Medic 24 Jam menawarkan beberapa faedah lain berikut:
Disuntik oleh Doktor Wanita
Aurat terjamin bagi pesakit wanita
Buku vaksin percuma
Konsultasi bersama doktor secara percuma
Prosedur kurang dari 5 minit
Harga yang berpatutan
Ruang rawatan yang selesa dan tenang

Dapatkan SEGERA suntikan VAKSIN UMRAH di SEMUA CAWANGAN Klinik Usrah Medic 24 Jam berikut
Cawangan Berhampiran Anda
Waktu Operasi
Setiap Hari 24 Jam