Apa Itu Pap Smear & HPV DNA?

Ramai wanita mungkin pernah dengar tentang Pap Smear dan HPV DNA, tapi tak semua jelas apa beza dua ujian ini. Sebenarnya, kedua-duanya adalah pemeriksaan penting untuk mengesan kanser serviks, cuma kaedahnya berbeza.
Pap Smear: Ujian ini memeriksa sel di serviks (pangkal rahim) untuk melihat sama ada ada sel abnormal yang boleh jadi tanda awal kanser.

HPV DNA: Ujian ini mengesan virus HPV berisiko tinggi (penyebab utama kanser serviks).

Bezanya: Pap Smear tunjuk keadaan sel, manakala HPV DNA tunjuk punca perubahan sel. Jadi, bila dibuat bersama, ia lebih tepat dan menyeluruh.

Proses Pemeriksaan di Usrah Medic
Ramai wanita takut atau risau, terutama yang pertama kali buat. Hakikatnya, prosedur ini cepat, selamat dan tidak sakit – hanya 5 hingga 10 minit sahaja.

Langkah-langkahnya:

  1. Pesakit baring atas katil pemeriksaan, ikut arahan doktor & dibantu pembantu perubatan.
  2. Doktor masukkan alat khas dipanggil speculum untuk buka laluan supaya serviks dapat dilihat jelas.
  3. Doktor ambil sampel sel serviks guna berus kecil / spatula steril.
  4. Sampel dihantar ke makmal:
    • Pap Smear: sel diperiksa bawah mikroskop.
    • HPV DNA: diuji untuk kesan DNA virus HPV.
  5. Selesai – speculum dikeluarkan, pesakit boleh terus sambung aktiviti harian macam biasa.

Keputusan biasanya keluar dalam 5–7 hari, dan doktor akan terangkan maksud keputusan serta langkah seterusnya.

Kenapa Buat di Usrah Medic?

  • Semua doktor & staf wanita – menjaga privasi & keselesaan.
  • Doktor terangkan setiap langkah supaya pesakit tenang & faham.
  • Proses cepat, mudah & mesra pesakit.

Kesimpulan
Pap Smear & HPV DNA bukanlah prosedur menakutkan, malah ia peluang terbaik untuk lindungi diri daripada kanser serviks. Lagi cepat ia dikesan, lebih besar peluang untuk sembuh sepenuhnya.

Jangan tunggu sampai ada gejala. Buat pemeriksaan awal untuk lebih tenang.