Pap Smear - Langkah Awal Mencegah Kanser Serviks

Tahukah anda, kanser serviks merupakan jenis kanser yang paling kerap terjadi pada wanita di seluruh dunia.

Di Malaysia, kanser serviks menduduki tangga ke-3 antara pelbagai jenis kanser yang meragut nyawa. 

Tetapi agak menyedihkan apabila ramai wanita tidak mengambil peluang untuk menjalani pemeriksaan seperti pap smear untuk mengesan kanser serviks di fasa awal.

Hakikatnya apabila penyakit sudah berada di tahap lebih serius  dan mustahil untuk dirawat, barulah wanita mempunyai kesedaran untuk melakukan pemeriksaan pap smear.

Sebelum anda teruskan membaca, fikirkan sejenak: Bilakah kali terakhir anda menjalani ujian Pap smear? Jika jawapannya sudah lama atau tidak pernah, inilah masanya untuk ambil peduli kerana ujian mudah ini boleh menyelamatkan nyawa anda.

Mengapa Pap Smear Perlu Dilakukan?

  • Pap smear merupakan langkah pencegahan awal yang penting kerana ia mampu mengesan tanda-tanda awal perubahan sel yang berpotensi membawa kepada kanser serviks.
  • Kanser serviks ialah sejenis kanser yang menyerang bahagian pangkal rahim, iaitu kawasan bawah rahim yang menghubungkan rahim dengan faraj, dan kebanyakannya berpunca daripada jangkitan virus Human Papillomavirus (HPV
  • Melalui Pap smear, sel-sel pada pangkal rahim yang menunjukkan kelainan atau perubahan abnormal dapat dikesan lebih awal sebelum ia berkembang menjadi kanser.
  • Meskipun program vaksinasi HPV diberikan secara percuma kepada remaja perempuan seawal usia 13 tahun di sekolah, pemeriksaan saringan kanser serviks seperti Pap smear masih perlu diteruskan kerana vaksin tidak melindungi sepenuhnya daripada semua jenis HPV yang berisiko tinggi.

    cancer servics

    Untuk Siapa Sebenarnya Pap Smear ini?

    Perlu anda ketahui bahawa wanita yang kerap didiagnosis dengan kanser serviks adalah usia di antara 30-34 tahun dan 80-84 tahun, tetapi kebanyakan daripada mereka menyedari gejala ini di saat akhir dan di fasa yang kritikal.

    Tapi pernahkah anda terfikir yang sebenarnya kanser serviks telah lama berada di dalam badan anda, tetapi kerana terleka maka anda terlambat untuk membanterasnya?

    Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyarankan wanita menjalankan pemeriksaan pap smear sejak di usia muda lagi.

    Berikut merupakan usia yang ideal untuk anda mula menjalankan pap smear secara berkala mengikut tempoh tertentu: 

    • Umur yang disarankan untuk menjalani ujian Pap Smear bermula dari umur 20 tahun sehingga 25 tahun
    • Seawal 20 tahun sekiranya aktif melakukan hubungan seksual
    • Wanita berumur 21 hingga 29 tahun: Sekiranya ujian Pap Smear normal selama 2 tahun berturut-turut, ulang pemeriksaan saringan setiap tiga tahun
    • Wanita berumur 30 hingga 65 tahun:  
    • Ujian bersama (Pap smear + HPV) : Setiap lima tahun
    • Ujian Pap smear sahaja:  Setiap tiga tahun 
    • Ujian HPV:tidak boleh dilakukan sendirian tanpa ujian Pap Smear  
    • Wanita berumur lebih 65 tahun: 
    • Tidak perlu jika anda tidak pernah mengalami sel serviks yang tidak normal atau kanser serviks.
    • Anda mempunyai tiga keputusan ujian Pap normal berturut-turut dalam tempoh sepuluh tahun sebelumnya.

    Jangan risau, prosedur Pap smear biasanya ringkas dan tidak mengambil masa yang lama, doktor akan mengambil sel dari pangkal rahim menggunakan alat khas iaitu spekulum.

    Kemudian sel tersebut akan diperiksa di makmal untuk mengesan sebarang perubahan yang mencurigakan.

    Di Usrah Medic 24 Jam, anda boleh mendapatkan keputusan ujian pemeriksaan Pap Smear seawal 5 hari.

      Sayangi diri, cegah lebih awal. Dapatkan Pap Smear di Usrah Medic 24 Jam hari ini!

      Kanser serviks boleh dicegah jika dikesan awal. Di Usrah Medic 24 Jam kami menyediakan perkhidmatan ujian Pap Smear yang selesa, mesra wanita dan profesional serta tersedia pada bila-bila masa.

      Kami menawarkan keselesaan dan privasi yang optimum dengan jaminan kakitangan hadapan dan doktor kami terdiri daripada 100% wanita sahaja!

      Sumber Rujukan:
      https://www2.moh.gov.my
      https://www.medicalnewstoday.com

      procedure