
Apakah Itu Saringan Kesihatan?
Ujian perubatan untuk mengesan sebarang penyakit yang ADA atau TIDAK menunjukkan gejala.
PERNAHKAH anda terfikir apakah keutamaan hidup anda?
Tahukah anda apa yang benar-benar penting bagi diri anda?
ada sesetengah orang duit atau masa itu adalah keutamaan. Melakukan aktiviti bersama keluarga atau orang tersayang adalah satu kenikmatan yang ingin dikecapi
Namun..
Dengan kesihatan kita dapat melakukan banyak perkara untuk memenuhi harapan dan impian yang lain.
Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah SWT. Tubuh badan dan kesihatan yang diberikan oleh Allah SWT wajib dijaga, dipelihara dan dilarang dari di mudarat ke atasnya.


Kenapa Perlu Buat Saringan Kesihatan?
Ramai rasa sihat luarannya… Tapi bila buat ujian darah, rupanya…

Masalah Kolestrol Tinggi
Kolestrol tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok tanpa sebarang tanda awal.

Gula Tak Terkawal
Diabetes boleh merosakkan organ dalaman tanpa anda sedari sehingga terlambat.

Buah Pinggang Bermasalah
Masalah buah pinggang sering tidak menunjukkan simptom sehingga kerosakan serius berlaku.

Tanda Risiko Kanser
Pengesanan awal kanser boleh meningkatkan peluang rawatan yang berjaya.
Bila penyakit dah tunjuk simptom, biasanya dah TERLAMBAT.
Saringan kesihatan berkala adalah langkah bijak untuk mengesan masalah kesihatan sebelum ia menjadi serius.
Siapa Yang Perlu Buat Saringan?

Profesional Yang Sibuk
Jadual kerja yang padat menyebabkan kesihatan terabai. Saringan pantas membantu anda kekal sihat.

Ibu Bapa
Kesihatan anda penting untuk keluarga. Pastikan anda sihat untuk mereka yang bergantung kepada anda.

Wanita
Saringan khusus untuk kesihatan wanita membantu mengesan masalah kesihatan yang spesifik.

Warga Emas
Risiko kesihatan meningkat dengan usia. Saringan berkala membantu mengekalkan kualiti hidup.

Sejarah Keluarga
Jika keluarga anda ada sejarah penyakit kronik, saringan awal sangat penting.

Gaya Hidup Tidak Sihat
Merokok, kurang bersenam, atau pemakanan tidak seimbang meningkatkan risiko penyakit.
Lakukan saringan kesihatan Jika anda berumur :
Atas 40 tahun – Setahun sekali
Atas 35 tahun – Dua tahun sekali
Bawah 35 tahun – Sekiranya berisiko
Ambil langkah proaktif hari ini untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga!

Dapatkan Segera Sebelum Kembali Ke Harga Asal RM387
Apa Yang Kami Tawarkan Dalam Pakej Ini?
Full Blood Examination (Ujian Darah)
Profil lipid, fungsi hati, fungsi buah pinggang, gula darah
Nilai: RM75.00
Fasting Glucose (Kencing Manis)
Mengukur paras gula dalam darah selepas berpuasa sekurangnya 8 jam.
Nilai: RM49.00
Liver Function Test (Hati)
mengesan keradangan, jangkitan, kerosakan, atau penyakit hati seperti hepatitis, fatty liver, atau sirosis.
Nilai: RM45.00
Renal Function Test (Buah Pinggang)
Mengesan masalah buah pinggang dan jangkitan secara detail.
Nilai: RM25.00
Urine Fame ( Ujian Air Kencing)
Ujian makmal untuk mengesan pelbagai masalah kesihatan melalui sampel air kencing.
Nilai: RM15.00
Lipid Profile (Kolesterol)
Mengukur tahap lemak dalam darah yang boleh mempengaruhi risiko saluran darah tersumbat.
Nilai: RM40.00
HbA1C (Paras Gula 3 Bulan Terakhir ) - Kencing Manis
ujian penting untuk mengukur kawalan kencing manis secara jangka panjang
Nilai: RM55
Tumor Marker ( Ujian Pengesanan Kanser)
- Lelaki – Pengesanan Kanser Usus, Prostat dan Pankreas.
- Wanita – Pengesanan Kanser Payudara, Servik dan Pankreas.
Nilai: RM83
Nilai Keseluruhan Pakej
RM387++

Tambahan Servis:
Ujian Pap Smear – RM60 (Asal RM150)
Ultrasound Scan – RM35 (Asal RM50)
Apa Kata Pelanggan Kami
Saya nak dapatkan saringan kesihatan hari ini !
Anda boleh membuat temu janji melalui WhatsApp, Call atau terus Walk-in ke Klinik Usrah Medic berhampiran anda.
Soalan Lazim
Saya berusia kurang dari 30 tahun, adakah saya boleh dapatkan pakej ini?
Saringan kesihatan boleh dilakukan seawal umur 18 tahun.
Jika anda mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, kencing manis dan buah pinggang anda digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada usia yang lebih awal.
Adakah klinik menyediakan doktor wanita?
Ya. Semua Residen Doktor dan staf adalah wanita.
Perlukah saya berpuasa sebelum hadir membuat pemeriksaan kesihatan?
Dinasihatkan untuk berpuasa selama 8 jam.
Anda juga dibenarkan minum segelas air kosong sahaja bersama ubat darah tinggi jika perlu.
Anda disarankan hadir seawal 8.00 pagi sebelum sarapan untuk mengelakkan berpuasa terlalu lama.
Adakah saya perlu menempah temujanji untuk saringan kesihatan?
Anda boleh membuat temujanji atau walk-in ke klinik.
Adakah saya boleh lakukan saringan kesihatan jika saya hamil?
Ya, anda boleh.
Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk melengkapkan keseluruhan pemeriksaan kesihatan?
Ujian darah dan air kencing mengambil masa kira-kira 10 minit.
Untuk Ultrasound,ujian Pap Smear, ujian tekanan senaman dan ekokardiografi, ia boleh mengambil masa 30 minit hingga satu jam bagi setiap ujian.
Berapa lama saya perlu menunggu keputusan saringan kesihatan?
Untuk keputusan ujian darah mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja.
Berapa sesi yang terlibat dalam saringan kesihatan ini?
Saringan ini melibatkan dua sesi utama:
Sesi Pertama:
Sejarah Kesihatan (Health History Taking) dan Pengambilan Ujian sample darah/urin.
Dalam sesi ini, anda akan:
-
-
Ditanya tentang sejarah perubatan anda, seperti penyakit lama, alahan, ubat-ubatan yang diambil.
-
Memberi maklumat tentang gaya hidup, seperti tabiat pemakanan, aktiviti fizikal, merokok atau pengambilan alkohol.
-
Menyatakan sejarah kesihatan keluarga (penyakit warisan seperti kencing manis, darah tinggi, jantung).
-
Sesi Kedua:
Konsultasi dan Penerangan Keputusan Ujian Saringan bersama Doktor.
Dalam sesi ini, doktor akan:
-
-
Menerangkan keputusan ujian yang telah dilakukan (contoh: darah, air kencing, ECG, BMI).
-
Memberi nasihat kesihatan berdasarkan keputusan dan sejarah kesihatan anda.
-
Memberi cadangan rawatan atau susulan lanjut, jika diperlukan.
-
Ruang untuk anda bertanya dan berbincang tentang kesihatan anda secara terbuka.
-
Menu Utama
Kenali Kami
Panel
Perkhidmatan
Rangkaian Kami
Profil Doktor
Sertai Kami
Kerjaya
Media Sosial
Perkhidmatan
Ultrasound scan 2D/3D/4D/5D
Sedut Kahak (Suction)
Pakej Saringan Kesihatan
Paediatric Follow Up
Semua Perkhidmatan
Klinik Usrah Medic 24 Jam (HQ)