Apa itu High Vaginal Swab (HVS – Keputihan)
Keputihan adalah proses normal setiap wanita. Tetapi awas — jika ada perubahan warna, bau, atau tekstur, ia mungkin tanda awal masalah kesihatan yang serius.
Kenapa Topik Ini Penting?
Soalan paling kerap: “Doktor, bagaimana saya nak tahu keputihan normal atau abnormal?”
Ramai wanita ambil mudah, sedangkan perubahan kecil boleh jadi tanda awal jangkitan atau kanser serviks.
Perbezaan Keputihan Normal & Abnormal
Aspek | Normal | Abnormal |
Warna | Jernih / putih susu | Kekuningan, kehijauan, kelabu, merah bercampur darah |
Bau | Tiada bau / ringan | Busuk, hanyir ikan, masam susu basi |
Tekstur | Cair, tidak pekat | Pekat, likat, berbuih |
Rasa | Tiada gatal/pedih | Gatal, pedih, kemerahan |
Gejala lain | Normal waktu subur, hamil, menjelang haid | Sakit ketika bersama, sukar kencing |
Risiko Keputihan Abnormal
❌ Boleh jadi tanda jangkitan kulat (Candida)
❌ Bacterial Vaginosis / jangkitan bakteria
❌ Penyakit kelamin (STD)
❌ Risiko kanser serviks
❌ Jika dibiarkan → jangkitan merebak ke rahim/tiub fallopio → menjejaskan kesuburan & kehamilan
Bagaimana Usrah Medic Mengesan Keputihan Abnormal?
Prosedur High Vaginal Swab (HVS) dijalankan oleh doktor wanita bertauliah:
- Pesakit baring di katil pemeriksaan dengan posisi dibantu jururawat
- Doktor masukkan speculum untuk lihat serviks dengan jelas
- Sampel cecair keputihan diambil menggunakan kit steril
- Speculum dikeluarkan, pesakit boleh teruskan aktiviti harian seperti biasA.
- Sampel dihantar ke makmal → Culture & Sensitivity Test untuk kenal pasti punca sebenar.